Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripadenosine deaminase nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Padenosine deaminase zaman dahulu kala, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah. Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat dengan tidak terbabit perhitungan upah atau kewangan. Tetapi pada zaman moden kini, setiap sesuatu perkerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah. Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan. Umumnya aspek kerjasama dan semangat g otong-royong tidak mendapat perhatian daripada anggota-anggota masyarakat. Untuk mengikis gejala yang kurang sihat ini, kempen kebersihan merupakan salat satu langkah yang boleh mengembalikan semangat gotong-royong. Jika projek gotong-royong membersihkan kewasan sekitar anda diadakan masalah kebersihan dapat ditangani dalam hanya beberapa jam sahaja, di samping membersihkan kawasan sekitar, penduduk-penduduk dapat mengeratkan perhubungan dengan kempen yang bermakna ini. Kempen ini juga boleh membuktikan bahawa perhubungan dan kerjasama di kalangan penduduk kental dan mantap. dengan penjalanan projek kempen kebersihan, mestilah semangat gotong-royong dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini. Di samping itu, pelancaran projek Rukun Tetangga juga merupakan salah satu langkah yang boleh dijalankan bagi membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan saja sebagai salur an mengeratkan perpaduan antara penduduk ber! bilang kaum serta agama malah ejen perubahan dan kemajuan masyarakat. Skim Rukun Tetangga juga boleh diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sektor Rukun Tetangga turut berperanan dalam usaha memupuk persefahaman dan perpaduan kaum terutama di kalangan remaja yang banyak dilaksanakan menerusi program Jiran Muda di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara Daerah. Kejadian jenayah waktu malam dapat dikurangkan menerusi rondaan yang dijalankan oleh sektor Rukun Tetangga di beberapa kawasan perumahan terutama di kawasan bandar. Projek Rukun Tetangga ini juga membolehkan penduduk-penduduk menganjuran aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antar a rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. Dengan projek yang bermakna ini, tentulah amalan gotong-royong ini dapat dipupuk dan diperturunkan. Selain daripada itu, konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat pula membolehkan rakyat-rakyat men landahui pentingnya masyarakat mengamalkan semangat kejiranan, khususnya di kawasan perumahan. Semangat kejiranan semakin terhakis terutama pada golongan yang lebih menjurus urusan keduniaan. Masyarakat hari ini asyik bekerja siang dan malam, maka ketiadaan masa hendak berjiran, malah kebanyakan lebihmementingkan isu menambah pendapatan. Keutamaan hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu.
Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita! tidak nampak kesan baik didepan mata sebaliknya, masyarakat lebih suka pada apa yang mereka nampak. Jadi, pelancaran konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat adalah untuk menyedarkan kita bahawa Semangat kejiranan itu perlu dipupuk semua lapisan masyarakat tanpamengira sama ada mereka tinggal di rumah teres, rumah pangsa, setinggan,bandar atau di desa. Dengan menyebarkan konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat, memanglah semangat kejiranan dapat diperkenalkan kepada rakyat-rakyat kita, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga dapat dipupuk. Untuk meningkatkan semangat semangat gotong-royong, langkah-langkah lain seperti Pertingkat kempen semangat gotong-royong menerusi media juga merupakan langkah yang berkesan. Media merupakan satu saluran yang sangat penting dalam memberikan maklumat kepada masyarakat. Ia juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam memberi maklumat parti dan juga kerajaan kepada masyarakat. Menerusi saluran media, semangat gotong-royong boleh disampaikan kepada kita secara terus. Selain memperkenalkan konsep-konsep yang boleh meningkatkan semangat gotong-royong, penyediaan kemudahan untuk penduduk beriadah atau berehat di luar rumah seperti taman permainan, dewan atau surau penting untuk mengeratkan hubungan-hubungan antara penduduk-penduduk. Dengan mempunyai komunikasi yang baik di antara penduduk, semangat gotong-royong senang dipupuk juga. Dengan langkah-langkah yang dicadangkan di atas, semoga semangat gotong-royong ini dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini. This may be a good canvas nevertheless it inevitably a translation to English. It probably needs to be a bit longer as well. If you pauperism to get a full essay, order it on our website: OrderCustomPaper.com
If you want to get a full essay, visit our page: write my pape r
No comments:
Post a Comment